Jumaat, 8 Mac 2013

KENAPA AIR ASIA NAK SAMAN ZUNAR??


Setelah gambar karikatur hasil karya pelukis pro Pakatan Rakyat iaitu Zunar tersiar didalam Portal Malaysiakini, ia mendapat bantahan dari pelbagai pihak kerana karikatur berkenaan disifatkan menghina Anggota Tentera Malaysia dan juga syarikat penerbangan Air Asia.

Didalam karikatur berkenaan, Zunar mempersoalkan kesediaan Air Asia yang membenarkan pesawatnya digunakan oleh pihak ATM bagi perjalanan ke Sabah untuk menangani krisis di Lahad Datu dan Samporna.

Seorang penganalisis politik terkenal, Dr Novandri Hasan Basri menyifat perbuatan Zunar mempertikaikan bantuan Air Asia kepada pihak ATM adalah sebagai tidak patriotik.

"Walaupun ianya berbentuk karikatur, tak wajar Zunar sebagai seorang warganegara Malaysia mempertikaikan soal pihak-pihak terbabit menjaga keselamatan negara.."

"Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak Air Asia kerana sudi menyumbabgkan sesuatu demi menjaga kedaulatan negara ini, bukan menghentam secara buta tuli.." kata beliau. ~ MPP News.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan