Isnin, 4 Mac 2013

Hot ! ASLI ramal BN menang PRU13 , sokongan kuat Melayu & India luar bandar !



Analisis yang dibuat oleh Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) mendapati sebahagian besar pengundi Melayu di luar bandar sudah kembali menyokong kerajaan. Di samping itu, pengundi kaum India di luar bandar juga sudah kembali menyokong BN.

Berdasarkan kepada situasi tersebut, BN dijangka mampu memenangi 123 hingga 135 kerusi dalam PRU kali ini dan sekali gus berjaya mengekalkan kuasa.

Dalam PRU lalu, BN menguasai 140 kerusi sementara PR memenangi 82 kerusi Parlimen. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah ASLI, Tan Sri Michael Yeow jika PM Dato’ Sri Mohd Najib berjaya menarik lebih ramai pengundi Cina, kemungkinan BN mampu memenangi 150 kerusi dan sekali gus menguasai 2/3 kerusi majoriti.

Menurut beliau, pengundi Melayu di luar bandar sudah memperlihatkan kecenderungan untuk menyokong kerajaan.

Kecenderungan pengundi Melayu dan India untuk kembali menyokong kerajaan dijangka boleh membantu MCA dan Gerakan di kawasan campuran. Menurut laporan tersebut, PRU diramalkan akan diadakan pada 14 atau 21 April 2013. – Sin Chew Jit Poh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan