Isnin, 4 Mac 2013

Anwar Di cabar Saman Reuters dan perisikan Filipina


Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip menyatakan bahawa, Anwar adalah pengecut kerana mahu mengemukakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3 yang hanya memetik laporan Reuters yang menuduh Anwar sebagai dalang kepada insiden di Lahad Datu Sabah. DSAI juga telah di cabar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita asing Reuters dan perisikan Filipina yang secara tulennya menuduh beliau sebagai dalang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu.


"Perkara tersebut didedahkan oleh perisikan di Manila dan dilaporkan oleh Reuters. (Jadi) Saya cabar dia saman Reuters dan perisikan Manila," katanya kepada Utusan Online.


Muhammad Zahid juga turut mencabar Anwar menjawab soalan-soalan berikut:

- Apakah tujuan sebenar beliau bertemu dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari?

- Adakah Anwar ingin memburukkan hubungan di antara Kuala Lumpur dan Manila?

- Adakah Anwar ingin menjejaskan usaha Malaysia dalam membantu menangani masalah Bangsamoro?

tambah beliau lagi,"Saya pasti pertemuan tersebut bukan pertemuan antara dua orang sahabat tetapi lebih dari itu,".

Sementara itu, salah seorang peguam Anwar, N. Surendran ketika dihubungi mengesahkan bahawa tindakan saman akan diambil ke atas Utusan Malaysia yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, tidak berasas dan boleh menggugat keselamatan negara.

Tambahnya, tindakan serupa juga akan diambil terhadap mana-mana media yang mengeluarkan kenyataan fitnah ke atas Ketua Pembangkang itu.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada tindakan serupa akan diambil ke atas Reuters, Surendan hanya menjawab: "We'll see (Kita akan tengok dulu)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130303/dn_32/TIBAI-cabar-Anwar-saman-Reuters-perisikan-Filipina#ixzz2MXv7WAmJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan