Selasa, 12 Februari 2013

PM umum BR1M 3, BR1M 4, dan seterusnya


DATUK Seri Najib Tun Razak dan isteri disambut ribuan rakyat pelbagai kaum sejurus tiba di majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor, di perkarangan Pasaraya Econsave, di Senai, Johor Bahru hari ini. - UTUSAN



ORANG ramai menunjukkan poster "Saya Sayang PM" di majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di perkarangan Pasaraya Econsave, di Senai, Johor Bahru hari ini. - UTUSAN


JOHOR BAHRU 12 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan dihentikan malah pemberian BR1M 2 akan disusuli dengan BR1M 3, BR1M 4, dan seterusnya pada tahun-tahun akan datang.
Menurut Perdana Menteri, pemberian bantuan itu diteruskan kerana sepertimana 139 produk 1Malaysia yang lain, BR1M adalah pulangan semula kepada rakyat berkat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan memboleh pengagihan dibuat berikutan hasil negara yang bertambah.

DATUK Seri Najib Tun Razak bersama Rosmah Mansor, Abdul Ghani Othman, Dr. Chua Soi Lek, Prof. Jamillah Ariffin, Ong Ka Ting dan Hishammuddin Tun Hussein mengaul Yee Sang di majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di perkarangan Pasaraya Econsave, di Senai, Johor Bahru hari ini. - UTUSAN

"Kita pulangkan kepada rakyat kerana rakyat berhak untuk menerima kesan pertumbuhan yang kian meningkat. Saya sudah katakan sebagai kerajaan kita mesti mendahulukan rakyat dengan mewujudkan dasar yang bersifat inklusif dan adil dan saya mulakan kepimpinan saya dengan menyatakan kita mesti merasai denyut nadi rakyat.
"Sebab itu kita buat BR1M dan kini BR1M 2 yang banyak memberi faedah. Saya yakin, berdasarkan kepada apa yang telah kita lakukan dalam tempoh empat tahun, the best is yet to come (lebih banyak perkara terbaik akan dibuat)," katanya ketika berucap dalam Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di pekarangan Pasaraya Econsave Senai, dekat sini hari ini. - UTUSAN
Sumber:  Utusan Online
Dari kehadiran orang ramai ke Majlis petang tadi, JohorBahruKini berani katakan yang Pembangkang jangan mimpilah hendak menawan Johor. Rakyat Johor tidak mudah di'KELDAI'kan Pembangkang yang hanya pandai menabur janji. 
Sebagai penutup, siapa yang mahukan 139 produk 1Malaysia (BR1M, KR1M, Klinik 1Malaysia dll) yang terbukti membantu rakyat, maka UNDILAH BARISAN NASIONAL dalam PRU-13 nanti. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan