Ahad, 24 Februari 2013

Mengapa ULAMA PAS perlu singkirkan Datuk Seri Abdul Hadi??


Ulama - ulama PAS terutama sekali Datuk Dr. Haron Din sebagai Timbalan Mursyidul Amnya, dan Ketua Dewan Ulama iaitu Datuk Harun Taib sewajarnya mengambil tindakan segera singkirkan Presiden Parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika mahu melihat Pas kembali berada di landasan yang sebenar. menurut sumber, gesaan ini di buat oleh bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad yang turut tegas mengulang pendiriannya iaitu haram umat Islam mengundi Pas selagi Parti tersebut bersekutu dengan DAP dan PKR.





Beliau juga menegaskan dan mengingatkan ahli Pas agar tidak terus terpedaya dengan fahaman sesat parti jaminan masuk ke syurga. Dalam pada itu juga, katanya lagi, isu kalimah Allah memberi isyarat jelas kepada umat Islam tentang pendirian Pas tidak pernah konsisten dan bertambah buruk sering berubah-ubah.
Pas yang sedia di kenali mengaku memperjuangkan Islam di lihat bagaikan tikus, tidak berani menentang DAP yang semakin "kurang ajar" apabila berani menyentuh sensitiviti agama.
 Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengemukakan nama pakar undang-undang yang menyiapkan draf Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993.
Menurut beliau, undang-undang itu di lihat mengarut dan mustahil di gubal pakar undang-undang memandangkan kaedah pelaksanaannya menjurus kepada menghina , memperlekeh dan mempermainkan hukum Allah termasuk Hudud.
" Sebagai bukti, turut dikemukan tujuh fasal yang terkandung dalam kanun itu, Fasa 43 (1) saksi boleh membatalkan hukuman yang di putuskan oleh lapan orang hakim di dua mahkamah. Fasa 43 (2) dalam kes zina, seorang saksi boleh membatalkan hukuman mahkamah dengan menarik balik keterangan dan tiga saksi lain dikenakan hukuman qazaf, 80 rotan.
"Fasal 45 (3), penjenayah boleh membatalkan hukuman mahkamah, Fasa 66 Mahkamah Bicara Syariah Khas, tiga orang hakim di kedua-dua mahkamah tersebut dan Fasa 49, keputusan Mahkamah Syariah Khas tidak sah melainkan setelah Mahkamah Rayuan Syariah Khas mengesahkannya, barulah ia sah."katanya.
Beliau menambah lagi, sesiapa yang tetap dakwa Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 betul-betul berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah pembohongan terbesar kepada seluruh umat Islam kecuali dapat membuktikan tujuh Fasal itu tidak ada dalam Kanun Jenayah tersebut. Beliau memberi masa selama tujuh hari kepada Nik Aziz mengemukakan nama pakar undang-undang yang dimaksudkan, hotel dan terikh penginapan, semasa menyiapkan rang undang-undang tersebut.
Menurut Wan Ismail,Surat terbuka telah pun di hantar kepada Nik Aziz dan beliau menunggu jawapan selama tujuh hari iaitu seminggu sebelum mengambil tindakan selanjutnya sehingga mendapat keputusan muktamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan