Sabtu, 4 Mei 2013

#GE 13 CYBERTROOPERS 'RED BEAN ARMY' AKAN DITANGKAP




Setelah beberapa siri pendedahan yang dilakukan di dalam maya, akhirnya pihak kami dimaklumkan satu serbuan akan dilakukan bagi menjejaki ‘anjing-anjing upahan’ DAP ini nagar satu siasatan dapat dijalankan. Dan yang lebih penting mereka yang bertanggungjawab melakukan kesalahan seperti mengugut dan mengancam akan dihadapkan ke muka pengadilan.


Tentera siber DAP, yang dibentuk ini bertujuan unutk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sesiapa sahaja yang menyokong parti itu. Bukan itu sahaja, pasukan tersebut yang berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar, Pulau Pinang itu akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang bercakap buruk mengenai DAP dan pakatan pembangkang.

 
Ia selari dengan kenyataan Jeffrey Ooi sebelum ini dalam satu temubual dengan The Star Switch Up TV yang telah memberitahu bahawa 'mereka membayar pasukan serangan siber untuk ‘membunuh’ orang'.


Mantan pimpinan DAPSY, Shen Yee Aun ketika ditemui memaklumkan, ekoran pendedahan yang dilakukan oleh pihaknya tempoh hari, beliau menerima serangan yang lebih dasyat dan bertali arus yang dipercayai dilakukan oleh Red Bean Army. Menurutnya selain cacian dan makian yang dilemparkan di dalam laman sosialnya, beliau turut menerima ugutan yang mengancam keselamatannya.


Menurut Shen sebelum ini 'membunuh orang' tersebut dalam konteks menyerang habis-habisan individu yang mengkritik DAP dan menyokong BN termasuk selebriti. Namun ketika waktu kempen masih berbaki lagi 1 hari, serangan yang diberikan dilihat semakin hebat dan melampaui batas.


Ekoran dari itu, Shen dijangka akan membuat satu lagi laporan polis bagi mengesa agar satu siasatan dijalankan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Walaupun sebelum ini pakatan pembangkang dilihat cuba menunjuk ‘hero’ dalam memperjuangkan hak kebebasan bersuara, namun di masa yang sama akan menyerang mana-mana individu atau kumpulan yang di lihat tidak selari dengan ideologi pembangkang.


Menurut sumber tersebut, pihak berkuasa juga dikatakan akan menjalankan siasatan berdasarkan pendedahan yang dilakukan sebelum ini berpandukan sebahagian senarai nama yang telah didedahkan sebelum ini.

 

Malah menurut sumber tersebut serbuan akan di lakukan di ‘sarang-sarang’ yang dipercayai menjadi markas operasi mereka seperti yang telah didedahkan sebelum ini. Malah seperti dimaklumkan oleh pihak PDRM sebelum ini salah seorang cybertroopers aka pencacai PKR juga telah menerima nasib yang sama.
 
Pencacai yang dikenali sebagai ‘Milo Suam’ itu dilaporkan telah ditahan atas dakwaan memfitnah penyiaran satu dokumen rasmi PDRM berkaitan Ops Daulat dan dakwaan anggota PDRM mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan