Selasa, 19 Mac 2013

JOHOR TIDAK MAHU PEMIMPIN YANG BERMASALAH!!!


KEMELUT DAP JOHOR BERTERUSAN

Johor Bahru: kemelut pakatan pembangkang di johor berterusan apabila pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau, 'diserang' ahli parti itu apabila Naib pengerusi negeri Ong Kow Meng, bersama 16 cawangan parti, mengemukakan undi tidak percaya terhadapnya.
BOO CHENG HAU

Cawangan DAP di Johor Bahru yang menyatakan undi tidak percaya termasuk Taman Nesa. Kulai, Bukit Indah, Taman Skudai Baru dan Kulaijaya.

Kow Meng juga menuduh Dr Boo cuba memecahkan perpaduan yang terjalin dalam kalangan apabila mengetengahkan masalahnya dengan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, berhubung agihan kerusi.

Dalam sidang media yang hanya menjemput wakil media berbahasa cina di sini, semalam, Kow Meng turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Dr Boo yang didakwanya mengamalkan kronisme sejak menjadi Ahli Dewan Undangan Negari (ADUN) skudai pada tahun 2008.



ADUN senai itu mendakwa Dr Boo mengatur kroninya dalam parti bagi mengisi pelbagai jawatan penting dan tugas, selain tidak mempedulikan suara pemimpin kanan parti dan akar umbi.

"Minggu lalu, saya melawat beberapa kawasan pilihan raya di negeri ini termasuk Batu Pahat, Kluang, Muar, Labis dan Johor Bahru, dan banyak pemimpin akar umbi menyatakan rasa tidak puas hati dengan Dr Boo.

"Bila Dr Boo tahu mengenai lawatan saya itu, dia menghantar SMS dan bertanya, dengan siapa saya berkhidmat dan bila saya bertanya semula apa maksudnya, dia tidak membalas.

"Tanggungjawab saya sebagai Naib Pengerusi dan ADUN untuk berkhidmat kepada rakyat adalah jelas. bagaimana dia (Dr Boo) boleh meraguinya," katanya.

Kow Meng juga mengkritik Dr Boo yang bersifatkan angkuh apabila 'menyerang' Jui Meng secara terbuka dan sikap itu boleh merosakkan usaha pakatan pembangkang menuju Putrajaya.

"Dr Boo tidak sepatutnya meragui identiti dan keikhlasan Jui Meng. Contohnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah bekas ahli UMNO tetapi kini menjadi rakan dan mengetuai pakatan pembangkang " katanya.

Difahamkan, Kow Meng tidak akan dicalonkan oleh DAP bagi mempertahankan DUN Senai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan keadaan itu dikatakan menjadi antara sebab beliau mengkritik Dr Boo.

LANTIK KRONI

Sementara itu, Pengerusi DAP Kulai, Ng Pek Seong, mendakwa Dr Boo tidak sepatutnya melantik kroniknya untuk memegang jawatan penting parti, malah orang luar turut dilantik mengetuai jentera pilihan raya parti itu di Kulai selepas mendakwa tiada orang Kulai mampu menjalankan tugas berkenaan.

"Sebagai pemimpin negari, Dr Boo sepatutnya tahu kehendak ahli dan sudah menjadi tugasnya menyatukan parti, bukan sebaliknya", katanya.

Dalam pada itu, Dr Boo berkata,pemilihan calon terletak di bawah jawatankuasa pemilihan pusat dan beliau tidak sepatutnya dipersalahkan jika ada yang tidak terpilih.

Katanya, di peringkat negeri, pemilihan calon dilakukan oleh pengerusi, timbalan dan setiausaha dengan mengambil kira pelbagai kriteria termasuk kualiti, disiplin, semangat berpasukan dan penguasaan bahasa.

"Bagi mengelakkan sebarang konflik, kita belum mengemukakan senarai calon kepada ibu pejabat. saya sedih apabila ada sesetengah orang tertentu tidak memahami prosedur dan cepat membuat kesimpulan bahawa mereka tidak terpilih sehingga melancarkan serangan terhadap saya," katanya.

-BERITA HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan