Sabtu, 30 Mac 2013

BICARA HARI INI : Adakah bantuan yang anda terima HALAL? Jom semak di sini....





Tanyalah kepada sesiapa sekali pun, pastinya akan ada setidak-tidaknya seorang yang pernah terima bantuan BN seperti senarai di bahagian bawah. Kalau yang bahagian Janji dan Bantuan Pakatan Haram Pembangkang ini, boleh kita perumpamakan sebagai LIMITED EDITION. Memang fitnahlah kalau kami kata mereka tidak beri, tetapi sangat terhad dan sukar ditemui. Tidak percaya? Cuba tanya sesiapa pun, terutamanya rakyat Selangor, bagaimana sulitnya prosidur untuk dapatkan mana-mana bantuan di atas.

Sebagai perkongsian pengalaman, penulis pernah melihat seorang tua yang mahu menuntut janji bantuan RM1000 untuk anaknya yang berjaya masuk ke Universiti. Anaknya memang lahir di Selangor dan beliau bersama isteri sendiri sudah bermastautin di negeri tersebut selama lebih 30 tahun. Namun, Kerajaan Negeri mengenakan pula syarat tersembunyi yang kedua ibu bapa pelajar itu juga mesti lahir di Selangor baru layak memohon dan menyebabkan orang tua tersebut GAGAL mendapatkan bantuan seperti yang dijanjikan. Dahulu ketika berkempen sebelum menang, tiada pula disebut syarat-syarat tersembunyi ini!

Apa yang kami ingin sampaikan sebenarnya adalah nilaikanlah sendiri hipokrasi dan bagaimana DOUBLE-STANDARD nya gerombolan pakatan haram pembangkang ini dalam bab-bab janji pilihanraya mereka. Masa berjanji memang seronok mendengar. Tetapi apabila sudah menang, pelbagai alasan dan syarat pula diberikan untuk menunaikannya. Pernah dengar MB Selangor paksa rakyat yang tuntut tunaikan manifesto untuk buktikan yang mereka mengundi pembangkang pada PRU yang lalu? Itu pun sebelum dia sendiri mengaku yang menifesto mereka bukan janji!

Kadang-kala lucu juga apabila melihat kain-kain rentang milik pembangkang yang mempromosi bantuan mereka, bantuan servis motorlah, bantuan kelas tuisyenlah dan pelbagai lagi. Bukan apa, kalau diperhatikan betul-betul mesti akan ada klausa kecil di bawah seperti ini: "TERHAD KEPADA 100 orang yang pertama sahaja!" Bayangkanlah, kroni mereka sahaja sudah sapu 3/4 sebelum ianya benar-benar dibuka untuk orang awam!



SUMBER [mymassa]





Tiada ulasan:

Catat Ulasan