Sabtu, 30 Mac 2013

BIAR BETUL !!! ANWAR TERDIAM, YUKTES KANTOIKAN KES LIWAT SAIFUL..???!!!

Yuktes Mahu Jumpa Saiful Untuk Pohon Maaf...

KUALA LUMPUR 29 Mac – Bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam kes liwat merancang untuk berjumpa Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi meminta maaf.


Katanya, dia berharap dapat bertemu Mohd. Saiful Bukhari secara peribadi, secepat mungkin untuk turut menyatakan kesediaan membantunya.
Yuktes berjanji akan membantu bekas pembantu peribadi Anwar itu dalam memperjuangkan nasib berhubung kes liwat berkenaan kerana percaya Mohd. Saiful Bukhari telah dianiaya.


“Saya mahu segera berjumpa dia dan meminta maaf secara peribadi kerana saya telah melakukan kesalahan dan berada di pihak yang salah sebelum ini.
“Saya mahu berbincang dan melihat apa yang boleh dibuat di mahkamah rayuan berhubung perkara itu (kes liwat),” katanya.


Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan terbukanya di akaun Twitter hari ini yang memohon maaf kepada Mohd. Saiful Bukhari.Bercakap mengenai perkara lain, Yuktes turut menyatakan kebimbangannya kerana sering diekori oleh beberapa individu setelah menarik diri daripada pasukan peguam bela kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari.
“Saya seperti diperhatikan dan diekori oleh beberapa individu yang menaiki kereta Myvi hitam,” ujarnya.


Pada 13 Mac lalu, Yuktes telah mendedahkan beberapa ‘cerita dalaman’ berhubung kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog terutama di 
http://www.anwaraidc.com dan http://www.mynewshub.com



SUMBER [UTUSAN]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan