Bubar Parlimen: Lebih baik selepas pertabalan Agong - Speaker
15/03/2012 2:21pm
KUALA LUMPUR 15 Mac – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, adalah lebih baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April nanti.
Beliau berkata, ia penting supaya tidak timbul sebarang persoalan atau dicabar di mahkamah kelak mengenai kesahihan pembubaran itu.
"Banyak intepretasi undang-undang mengenai perkara ini. Seri Paduka bersemayam di takhta sekarang kerana perkhidmatan Agong yang lepas telah tamat.
"Ada yang berpendapat apabila Agong belum ditabalkan, jadi tak boleh bubar Parlimen. Pada saya ini adalah pandangan peribadi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahan pada 11 November. - BERNAMA
*** Ini salah satu petunjuk terbaru yang PRU-13 sudah semakin hampir tapi bukan dalam masa terdekat ini. Mari kita rapatkan barisan, kita bangkit dan menentang Fuckatan yang menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka.