Selasa, 6 Mac 2012

RM35 juta bagi menaik taraf Jalan Bakar Batu
  
Ditulis oleh Aivizanoorwani Shah Shahroni
Isnin, 27 Februari 2012

Rasmi ... Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman menandatangani plak perasmian projek pembangunan Southkey sambil diperhatikan oleh Pengerusi Southkey Properties Sdn Bhd, Dato' Abdul Karim Ahmad Tarmizi.























JOHOR BAHRU: Sejumlah RM35 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Jalan Bakar Batu yang terletak di sempadan selatan pembangunan pusat komersial, Southkey.
Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata Kerajaan Negeri menerima dana pemudah itu daripada Kerajaan Pusat melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

"Projek menaik taraf jalan sepanjang 1.8 kilometer daripada jalan dua lorong kepada empat lorong itu akan dimulakan September depan dan dijangka siap pada 2014.

"Apabila siap, jalan berkenaan akan menghubungkan Lebuh raya Tebrau dan Lebuh raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL)," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran projek Southkey di Galeri Jualan Southkey Johor Bahru, di sini, Sabtu lalu.

Dalam ucapannya, Abdul Ghani turut menjelaskan bahawa pembangunan berkenaan terletak di kedudukan strategik dan di dalam pusat bandar raya, iaitu dalam lingkungan Flagship Zone A Iskandar Malaysia.

"Pembangunan pusat komersial ini juga mudah untuk diakses melalui Jalan Tebrau, Southern Link Expressway dan EDL.

"Pelan pembangunan Southkey turut termasuk dalam perancangan laluan Light Rail Transit (LRT), sekali gus meningkatkan lagi kemudahan akses ke kawasan ini," katanya.

Abdul Ghani berkata, kedudukannya di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru juga memudahkan warga Singapura untuk membeli hartanah di situ memandangkan ia hanya mengambil masa pemanduan 20 minit dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) ke Southkey.

Jelasnya, secara tidak langsung, Iskandar Malaysia akan menjadi perhatian dan berpotensi menarik lebih ramai ekspatriat membeli hartanah di sini berikutan pengumuman kerajaan Singapura mengenakan 10 peratus duti setem tambahan pembeli (ABSD) ke atas kategori tertentu pembelian kediaman di republik itu penghujung tahun lalu.
p/s: Terima kasih BN kerana memahami keluhan rakyat yg menggunakan jalan tersebut ke JB. Alhamdulilah, jambatan baru Permas Jaya yg ditunggu-tunggu sejak sekian lama telah boleh dilalui oleh kenderaan. Mudah banyak dah...!! Kami sentiasa menyokong kepimpinan BN di Johor...! Hidup Barisan Nasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan