Tempoh mengundi yang tidak sampai 24 jam dari sekarang. Ini adalah tempohnya di mana jentera fitnah pakatan haram akan bekerja habis-habisan bagi mendapatkan sokongan akhir. Pelbagai kaedah akan mereka gunakan bagi mengelirukan rakyat, melagakan sesama kita dan mewujudkan keresahan.
Hanya satu yang perlu kita semua ingat. Kuasa adalah di tangan kita semua. Mereka akan cuba mencetuskannya, namun jika rasionaliti dan akal kita lebih tinggi, mereka tidak akan sesekali dapat mempengaruhi kita. Oleh itu gunakanlah kebijaksanaan kita semua agar kita tidak terpengaruh dengan dakyah songsang mereka dan tidak pula menjadi jentera penyebar mereka secara percuma. Upah tidak dapat, dosa pula FREE.
Selidik dahulu jika ianya merisaukan kita. Bukannya kita tiada saluran atau kita hidup dalam Negara komunis kukubesi. Namun, kami tidak jamin pula keadaan itu tidak akan berlaku jika kita semua nekad hendak serah masa depan Negara kepada minoriti chauvinis DAP 5 Mei ini!
Sumber:mymassa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan