Khamis, 4 April 2013

TERMA RCI HAMPIR SIAP : KERAJAAN DIDESAK SEGERAKAN !!!! ABISLAH ANWAR NANTI!!!



PENGKHIANAT NEGARA NO 1 DI LAHAD DATU
Walaupun Parlimen telah dibubarkan pada 3 April 2013, namun isu Pencerobohan Pengganas Kiram yang mendapat sokongan kewangan dan janji-janji kemenangan tidak boleh diberi kompromi.

Persidangan Meja Bulat tertutup yang diwakili oleh pakar-pakar keselamatan dan undang-undang negara kita telah merumuskan supaya RCI mengenai Penglibatan Pembangkang PERLU DISEGERAKAN tanpa mengganggu proses Pilihanraya.

Beberapa keputusan penting telah dihasilkan dalam Persidangan Meja Bulat itu, khususnya mengenai Terma-Terma RCI. 

Seorang pakar undang-undang dari sebuah Universiti terkemuka di ibu kota berkata, pihak Kerajaan tidak perlu menunggu Kerajaan baharu ditubuhkan untuk menubuhkan RCI Lahad Datu. Menurut beliau lagi, Keselamatan rakyat lebih penting dan tidak patut dikompromi.

Dalam Persidangan Meja Bulat tersebut juga, salah seorang pakar keselamatan negara yang terlibat dalam banyak insiden besar berkata, Petualang dan Pengkhianat Negara yang terlibat di dalam Pencerobohan di Lahad Datu tidak sepatutnya dilepaskan begitu saja. 

Kematian 10 anggota Perajurit menurut beliau menunjukkan tahap keterlampauan para petualang dan pengkhianat negara yang bernafsu gila sehingga melelong nyawa perajurit. Ini pun dituduh "sandiwara".
PENGKHIANAT NEGARA NOMBOR 2 DAN 3 DI LAHAD DATU, KEDUA-DUA AHLI SUARAM 
Berikut wakil kami yang dijemput sebagai pemerhati meringkaskan beberapa terma RCI yang dicadangkan dalam Persidangan Meja Bulat Tertutup yang berlangsung di sebuah akademi di ibu negara, dua hari lepas.

1. Menyiasat penggunaan elemen keganasan khususnya di Lahad Datu oleh pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim untuk memenangi PRU 13 dengan cara yang tidak demokratik. 

2. Menyiasat dan mengumpul bukti penglibatan Anwar Ibrahim, Tian Chua dan R. Sivarasa dalam insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu. 

3. Menyiasat persepakatan Anwar Ibrahim, Tian Chua dan Sivarasa bersama pihak ketiga yangmembiayai dan mempengaruhi pengganas Kiram menceroboh Lahad Datu. 

4. Mendapatkan bukti butir-butir perjanjian antara Anwar Ibrahim, Nur Misuari dan pengganas Kiram. Perjanjian-perjanjian Anwar Ibrahim-Nur Misuari yang berjaya direkodkan oleh agensi perisikan luar negara ialah seperti berikut:
  
(I) Memberikan Warganegara kepada pengganas Kiram 
(II) Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan 
(III) Memberi Elaun kepada Sultan Kiram dan waris dibayar setiap bulan. 
(IV) Membatalkan perjanjian dengan MILF 
(V) Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu. 

5. Menyiasat penglibatan dan penyaluran dana NGO asing kepada pembangkang dan NGO dalam negeri iaitu SUARAM dalam insiden pencerobohan Lahad Datu. 

6. Menyiasat dan mengenalpasti identiti dalang dan pengganas di Lahad Datu sama ada ianya melibatkan kumpulan penduduk tempatan, ahli politik di dalam dan luar negara Menyiasat sumber kewangan dan penyaluran dana pengganas untuk menguasai Sabah. 

7. Mengkaji Keutuhan dan kedaulatan wilayah Sabah dari aspek sejarah dan perundangan melalui pengilibatan golongan pakar pelbagai bidang berkaitan. Antaranya termasuklah keputusan pembayaran wang pampasan kepada waris sah Kesultanan Sulu. 

Sebagai tambahan, di bawah beberapa pemimpin yang mendesak kerajaan supaya menubuhkan RCI dengan segera:

1. Tun Dr. Mahathir Mohamad di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130315/dn_28/Ada-keperluan-tubuhkan-RCI-isu-pencerobohan-Lahad-Datu-Tun-M

2. Pehin Sri Taib Mahmud di http://www.mole.my/content/good-have-rci-lahad-datu-sarawak-chief-minister , http://www.anwaraidc.com/?p=33276 , http://merdeka-online.com/home/ketua-menteri-minta-segerakan-rci-lahad-datu-ke-atas-anwar-ibrahim/ , http://mynewshub.my/2013/03/28/segerakan-rci-lahad-datu-taib/

3. Datuk Ibrahim Ali (PERKASA) di http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/po/newspolitics.php?id=934878

4. Datuk Hishamudin Tun Hussien Onn di http://www.malaysiakini.com/news/224868

5. Datuk Shafie Afdal di http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/RCI_Lahad_Datu_Penting_Untuk_Siasat_Dalang.html

***Nota, Keputusan Persidangan Meja Bulat mengenai RCI Penglibatan Pengkhianat Negara di Lahad Datu akan diedarkan semasa Pengumuman Penubuhan RCI Lahad Datu. 


SUMBER[mymassa]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan