PANAS !!!! TAK CUKUP SUAMI MAKAN LUAR, SEKARANG INI AZIZAH NAK TRY TUN M PULAK????
SIARKAN SAHAJA TUN, MASIH RAMAI YANG TAK PERCAYA!!
Dr. M akui simpan surat Azizah
Wan Azizah
KUALA LUMPUR 5 April - Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr.
Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada
bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan
tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.
Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia,
Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya
mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar
masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.
Katanya, surat Wan
Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan
kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain
menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat
Anwar didedahkan pengamal media alternatif.
"Saya setakat boleh
kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara
sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh
lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan.
Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.
"Dia (Wan
Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan
kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu
adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang
Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar
atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka
surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas
Perdana Menteri itu boleh membantu.
Ditanya mengapa begitu lama
menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan
ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan
jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang
asas kukuh.
"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu
berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat)
yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya.
Temu bual bersama Tun Dr. Mahathir boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan