Anwar semalam telah mengadakan Tazkirah di Masjid Teluk Bahang Balik Pulau. Jadual telah diwar-warkan didalam blog dan Facebook akan tetapi langsung tiada gambar seperti kelazimanya. MKP berada disana pada waktu kejadian Anwar telah dihalau oleh Kariah Masjid berkenaan.
Selepas solat Maghrib Jemaah seperti biasa hendak beredar akan tetapi terkejut dengan kehadiran Anwar dan pengikutnya. Kariah masjid tidak diberitahu dengan program yang dianjurkan oleh macai-macai Anwar nie. Berlaku sedikit rasa kurang senang oleh Pengerusi Kariah masjid dan berlaku pertengkaran....
Macai-macai Anwar nie pun satu dah masuk tempat orang bagilah salam dulu, Itu adalah etika kita orang melayu Islam bila bila masuk tempat orang jangan dok buat pandai-pandai. Memang benar sesiapa sahaja boleh memberi tazkirah akan tetapi setiap Program yang dianjurkan mestilah mendapat kebenaran pihak Kariah Masjid.
Namun diatas budi bicara pihak kariah memberi jua kebenaran pada Anwar untuk bertazkirah akan tetapi semua itu hanya dapat bertahan selama 5 minit sahaja bila Anwar asyik dok hentam kerajaan dan menceritakan keburukan Barisan Nasional.
Gambar diatas menunjukkan pihak kariah Masjid terpaksa menyuruh Anwar dan macai-macainya beredar sebelum kejadian buruk terjadi. Korang tengok sendiri muka Anwar berpaling kearah lain setelah didesak oleh pihak Kariah masjid yang memakai baju biru...
Tapi yang best tiada blog atau Facebooker yang buat cerita mengenai Anwar bertakzirah di Masjid Teluk Bahang..
Hairan dan pelik kan?
*Sebelum ni, Kit Siang dah kena halau di Johor. Tanda awal pakatan haprak ni nak jatuh la tu!!
Sumber:matkilaupenang.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan