Jumaat, 22 Mac 2013

NASIB MELAYU ESOK



Malam ini aku termenung sejenak, termenung kerana memikirkan nasib anak anak ku kelak apakah mereka akan merepat dibumi sendiri sepertimana yang berlaku kepada Melayu Singapura?



Pengumuman Lim Kit Siang bapak kepala DAP dan dalang tragedi 13 mei masuk bertanding di Johor membuktikan agenda terancang DAP yang mahukan kuasa sebagai parti dominan dalam Malaysia ini. Sokongan sekutu rapat mereka PAP parti kerajaan Singapura menyakinkan segalanya hampir pasti untuk DAP menawan Malaysia sepertimana Singapura yang berjaya dikuasai PAP.

Bukan kerana kaum cina itu kuat tetapi Melayu itulah punca DAP semakin besar kepala kerana agen agen Melayu yang ada hari ini begitu pentingkan kuasa daripada melihat pelbagai aspek kepentingan Melayu itu sendiri.

Dulu aku memang tak terlibat dalam politik tetapi kerana merasakan gelombang PRU12 lalu menunjukkan kaum Cina mahukan sesuatu yang lebih daripada kuasa ekonomi maka aku terpanggil untuk berjuang demi Malaysia bumi orang Melayu.

UMNO dikatakan menjual itu dan ini kepada tauke cina, umno disalahkan dalam banyak pekara. Ya dulu aku pun begitu melihat dari sudut yang sempit yang mana umno juga mengadaikan itu dan ini demi cina. Tetapi apabila aku mendalami satu persatu maka aku ketahui agenda yang tersirat dilakukan UMNO untuk kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

British mahukan semua bangsa diberikan hak sama rata sewaktu rundingan untuk mencapai kemerdekaan. Orang Melayu bangkit menentang kerana ini adalah tanah Melayu. Dari situlah maka lahir parti politik UMNO untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak orang Melayu dibumi sendiri.

Mungkin ramai orang Melayu yang ada hari ini tidak mengambil penting penubunan UMNO sebelum Kemerdekaan dan ada yang beranggapan ianya sudah lapuk dan UMNO perlu ditukarkan dengan parti baru yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. Tetapi parti mana yang boleh menjamin hak hak orang Melayu itu? DAP? PKR? PAS?

Setiap yang ada mesti ada cacat celanya dan begitu juga dengan UMNO yang ada mempunyai pemimpin yang tak bertanggungjawap. Namun demi hak orang Melayu matlamat UMNO adalah tetap sama iaitu UMNO parti tunggal untuk orang Melayu bersatu. Jika sebelum mencapai Kemerdekaan Melayu boleh bersatu demi mempertahankan hak orang Melayu itu sendiri. Mengapa tidak PRU13 ini Melayu bersatu demi mempertahankan kuasa politik orang Melayu demi anak anak kita yang akan datang agar terjamin masa depan mereka dibawah UMNO.

Aku sedih dengan sikap Melayu hari ini yang lebih membanggakan parti DAP serpihan PAP yang juga merupakan serpihan parti Komunis Malaya. Orang Melayu lupa perjuangan DAP yang mahukan Malaysian Malaysian iaitu Hak sama rata semua bangsa.

Apakah kita orang Melayu sudah bersedia untuk memberikan hak yang kita ada sejak Merdeka kepada bangsa bangsa lain? Apakah kita orang Melayu sanggup memberikan masa depan anak anak kita kepada pemimpin bangsa lain untuk memerintah?

Sudah merah mata ku dengan mengarang luahan hati ini, merah yang mungkin dikatakan mahu menangis. Dan mungkin juga merah mataku ini kerana geram dengan politik kaum Cina yang masih tidak cukup puas dengan kuasa ekonomi yang mereka ada hari ini.

Mungkin air mata yang akan gugur kelak, dan tidak mustahil darah merah pekat pada tubuh ini juga akan mengalir demi mempertahankan kedaulatan tanah Melayu.

Semoga orang orang Melayu mampu berfikir secara waras. Jika marahkan nyamuk jangan dibakar kelambunya. Kita mungkin tiada apa apa kesan tetapi anak anak kita kelak belum tentu merasai nikmat dengan ha hak kita selaku orang Melayu dan Bumiputera.

PRU13 semakin hampir, hanya orang Melayu itu sendiri mampu menentukan nasib dan masa depan bangsa mereka. Tewasnya Melayu kali ini maka akan menjadilah sejarah dalam lembaran dunia satu lagi kuasa bangsa yang akan pupus. 

Semoga menjadi renungan untuk seluruh orang orang Melayu agar bangkit bersatu dalam apa cara sekalipun. Tanah air ini bukan milik DAP. Tanah air ini milik orang orang Melayu. Bersatu didalam UMNO demi kekuatan kita sebagai orang Melayu dalam mempertahankan bumi ini daripada cengkaman Bangsa pendatang!

-sumber [papa gomo]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan