Khamis, 28 Mac 2013

JANGAN SILAP LANGKAH, FIKIR DULU SEBELUM MENGUNDI !!!!





Justifikasi poster di atas sebenarnya mempunyai asas yang cukup kukuh. Selama ini PKR cukup bijak berselindung di sebalik tuduhan bahawa UMNO dan sibertrupernya hanya pandai memainkan isu lucah dan seks bagi memfitnah mereka. Namun, apa yang akan kami senaraikan di bawah ini patut kita semua fikirkan semula secara mendalam.

Skandal video seks pemimpin ulung pembangkang bersama seoarang pelacur China
Skandal video dan gambar seks sejenis yang dikatakan melibatkan pemimpin ulung pembangkang
Kes khalwat seorang pemimpin PKR yang digelar USTAZ bersama isteri orang
Isu video dan gambar skandal seks seorang pemimpin kanan PKR


Isu foto bogel EXCO PKR Kerajaan Negeri Selangor berzina dengan teman lelakinya yang muslim

Jadi, adilkah kami, sibertruper UMNO/BN ini dilabel sebagai blogger porno dan lucah? Siapa sebenarnya yang porno dan lucah ini? Untuk pengetahuan para pembaca budiman sekalian, kesemua yang terlibat dalam skandal seks di atas masih lagi menjawat jawatan pemimpin tertinggi parti dan sesetengahnya masih menikmati jawatan pemimpin kanan negeri. Ini adalah satu perkara yang sangat baru dan unik dan hanya berlaku di Malaysia, sebuah negara asia timur yang begitu konservatif pegangannya tentang Islam.

Kalau di negara-negara Barat yang lebih liberal dan bebas orientasi seksual mereka, barisan pemimpin di atas ini beserta parti mereka sudah lama dikuburkan dan menjadi sejarah hitam politik negara.

Jadi, di manakah standard moral dan iman kita saudara-saudari? Adakah kita mahu sama-sama menanggung dosa penzinaan dan maksiat mereka di akhirat kelak, kerana tangan-tangan ini yang mengundi mereka pada PRU nanti? Mereka yang sedap, kita yang kena siksa kubur dan api neraka!

  SUMBER [mymassa]






Tiada ulasan:

Catat Ulasan