Isnin, 25 Mac 2013

HARAM SOKONG PAS..!!!


Kenapa orang Islam HARAM undi PAS?



Tersedak juga Mursyidul Am PAS semalam apabila golongan ulama' pondok sebulat suara menjatuhkan hukum HARAM mengundi PAS pada PRU akan datang ini. Lebih memedihkan ulu hati, mereka yang selama ini kuat mendukung perjuangan PAS, malah antara golongan penting yang mengangkat PAS ke puncak kuasa selama lebih 22 tahun di Kelantan juga, secara terang-terangan mengeluarkan fatwa WAJIB memberikan undi kepada UMNO-BN pula. Kenyataan fatwa terbaru daripada golongan pondok ini disokong sebulat suara oleh kira-kira 10,000 ahlinya di seluruh negeri tersebut.





Cuba kita gandakan tiga atau empat daripada 10,000 orang yang menyokong usul tersebut sebagai mewakili bilangan minimum ahli keluarga golongan ulama' pondok tadi. Itu tidak termasuk pengikut mereka yang berjumlah jutaan orang di serata Kelantan. Dicampur pula dengan penyokong tegar BN serta rakyat Kelantan yang sudah muak dengan kegagalan PAS mentadbir negeri tersebut, nampaknya parti tersebut sebenarnya sedang menghadapi satu krisis yang jauh lebih buruk berbanding perpecahan mereka pada tahun 70-an dulu.
Nik Aziz hari ini menuntut hujah atau dalil yang boleh digunakan di hadapan Allah SWT apabila ditanya di akhirat kelak mengapa HARAM mengundi PAS. Reaksi beliau ini seolah-olah menggambarkan bahawa hanya PAS yang diredhai Allah SWT. Apakah kelak nanti Allah SWT tidak tanya kepada penyokong PAS mengapa mereka tidak beri undi kepada UMNO yang ternyata lebih banyak menjaga kebajikan orang Islam selama ini? Apakah pula yang boleh dijawab oleh umat Islam di Palestin yang kehidupan hariannya berjihad menentang kekejaman Zionis, tetapi mati dalam keadaan tidak mengundi PAS sebagai parti pilihan mereka?
Inilah persoalan yang seharusnya kita lontarkan kepada semua penyokong PAS yang jumud dan taksub. Jadi kini mereka tahulah bagaimana perasaannya apabila parti yang mereka dukungi selama ini diharamkan oleh orang lain. Lebih perit, bukan UMNO yang haramkan, tetapi golongan alim ulama' itu sendiri. Sekarang mereka hendak kata apa? Golongan ulama' ini semua sesat? Golongan ulama' ini semua sudah makan rasuah daripada UMNO?
Selain haram, apakah kita beroleh pahala jika mengundi PAS pada PRU akan datang ini? Adakah Allah SWT akan memberikan ganjaran kepada kita jika kita menyokong perjuangan parti yang sangat assobiyah sifatnya, sehinggakan mereka boleh mempertahankan perbuatan zina pemimpin kafir yang bersekongkol dengan mereka? Apakah kita semua akan mendapat keredhaan Allah SWT sekiranya kita memilih parti yang menggadaikan nama Allah SWT itu sendiri kepada orang kafir demi mendapatkan satu undi dan kuasa?
Tentu ramai penyokong tegar mereka yang hilang sabar dengan kenyataan kami ini. Tetapi kami ingin bertanya lagi, andainya skandal video seks yang didedahkan oleh trio Datuk T itu adalah DS Najib bersama Altantuya, dan bukannya Anwar bersama pelacur cina, adakah para pemimpin PAS beserta penyokong mereka akan menutup perkara ini kerana tidak mahu membuka aib sesama muslim dan mengganggap bukti tersebut sebgai "besi"?!! Kami juga hendak tanya andainya bukti dan foto skandal seks sesama jenis itu melibatkan pemimpin BN, apakah mereka akan menolaknya kerana tidak mahu terlibat dengan politik lucah?
Sudah tentu mereka akan kata, "Sudah menjadi tanggungjawab kita mendedahkan kelemahan pihak lawan, kerana mereka ini bertanding untuk menjadi pemimpin" Betul tidak? Kerana inilah yang berlaku kepada calon BN pada kebanyakan pilihanraya yang lalu, malah sesetengahnya direka cipta sebegitu rupa dan disebarkan di saat-saat akhir malam pengundian bagi mengelakkan BN sempat menjawab. Ketika itu tidak timbul pula isu fitnah ya?
Itulah antara rungkaian sedikit sebanyak 'jasa-jasa' PAS terhadap lawan mereka yang seagama dan seakidah dengan mereka. Apa yang lebih menarik, perbuatan itu semua tidak pernah mereka lakukan terhadap musuh Islam no 1 iaitu DAP, walaupun satu masa dahulu PAS pernah menentang mereka. PAS ini lebih hero menjatuhkan dan memecah belahkan sesama Islam berbanding melawan musuh bagi mempertahankan dan menegakkan Islam  itu sendiri!
Siapa yang ingat tentang KOHILAL? Satu koperasi yang ditubuhkan PAS bagi mengaut deposit wang daripada ahlinya sendiri atas premis kononya untuk menjalankan kegiatan perniagaan dan mendapatkan keuntungan. Namun apa sudah jadi? Ke mana hilang lesapnya semua wang dilaburkan oleh ahli-ahli mereka? Kalau koperasi parti sendiri pun tidak mampu diurus, maka tidak hairanlah jika kita melihat kemunduran dan kegawatan yang dihadapi oleh Kedah dan Kelantan ketika ini. Itupun masih ada hati mahu memerintah Malaysia.
Apa juga sudah jadi dengan wang-wang derma ceramah yang diadakan setiap malam di seluruh negara yang dikutip daripada orang-orang kampung dan rakyat yang susah? Apakah pernah diaudit dan diumumkan jumlah kutipannya? Begitulah juga halnya dengan wang tabung Memali dan Lebuhraya Rakyat Kelantan. Ke mana perginya semua wang tersebut? Ada saksi yang mendedahkan kisah seorang pemimpin kanan PAS yang bercuti dan berbelanja sakan bersama seorang janda selebriti (yang aktif dalam parti tersebut) di London baru-baru ini. Lebih menarik, menurut saksi tersebut mereka terpaksa menyewa sebuah jet peribadi ketika pulang untuk membawa semua 'hadiah' yang dibelikan untuk janda selebriti tersebut. Apakah itu semua mampu dilakukan kerana hasil derma ceramah mereka setiap hari? Wallahu'alam.
Jadi tanyalah diri kita sendiri. Apakah PAS ini berbaloi untuk mendapat undi orang Islam? Apakah tidak wujud kebenaran di sebalik fatwa ulama' pondok Kelantan itu? Siapa yang ingat bila kali terakhir golongan ulama' pondok ini bangkit dan bergiat aktif dalam politik? Bukankah ketika zaman Tok Kenali dan Tok Janggut dahulu bagi menentang kekejaman dan penindasan British. Apakah ini semua tidak cukup lagi menjadi  tanda buat kita semua yang perubahan dan nasib bangsa dan agama kita sendiri terletak di tangan kita semua pada PRU ini nanti?
Pas dakwa mereka berjaya dakwahkan DAP semenjak mereka bekerjasama lima tahun dulu. Namun, boleh tidak sesiapa beri jawapan, mengapa DAP tidak memberikan mereka ruang langsung walau untuk mendapat satu jawatan EXCO pun di Pulau Pinang?!!


sumber - [mymassa]








Tiada ulasan:

Catat Ulasan