Khamis, 28 Februari 2013

KEMELUT PKR TERENGGANU: SMS RAFIZI, SAMSENG SAIFUDIN, SURAT PKR TERENGGANU & SPY PAS



SEMAKIN NIPIS PELUANG KITA MENANG DI TERENGGANU : SAIFUDIN NASUTION CAMPUR TANGAN DI TERENGGANU

(Gaya Samseng : PKR Terengganu Kecewa Saifudin Hantar Samseng)


Kami Kecewa Saifudin Nasution Sabotaj PKR Terengganu

PERPADUAN PKR di Terengganu semakin terancam, semuanya gara-gara Saifudin Nasution, S/U Agung PKR! Pergaduhan sesama sendiri Saifudin Nasution dengan Ketua PKR Dungun, Abd. Rahman Yusuf di Terengganu semakin parah.


Semuanya gara-gara campurtangan Saifudin menyokong tindakan Ibrahim Abdullah(Ahli PAS yang menyertai PKR) menghalang Ceramah Dr. Badrul Amin di Felda Jerangau minggu lalu mengakibatkan suasana ugut-mengugut antara Abd. Rahman Yusuf dengan Ibrahim Abdullah yang disokong Saifudin Nasution untuk berebut kawasan Parlimen Dungun.

Saifudin Nasution cuba mengembangkan pengaruhnya dalam pemilihan calon bertanding dalam PRU13 di Terengganu. Saifudin telah menaja Ibrahim Abdullah(Ketua Ranting PKR Felda Jerangau) menjadi Calon di DUN Bukit Besi Dungun, walaupun Ibrahim Abdullah adalah ahli PAS yang baru sahaja menyertai PKR. Ahli-ahli PKR di Felda Jerangau tidak boleh menerima Ibrahim Abdullah sebagai calon  kerana  Ibrahim Abdullah diangap spy PAS dalam PKR!

Abd. Rahman Yusof menuduh Saifudin Nasution dan Ibrahim Abdullah mensabotaj Ceramah Dr. Badrul Amin di Felda Jerangau pada 22/01/2013 dengan menghantar samseng untuk menyerang dan mengugut ahli-ahli PAS dan PKR Ranting Felda Jerangau supaya membatalkan ceramah Dr. Badrul Amin.

PKR Ranting Felda Jerangau dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Dungun tanpa dimaklumkan kepada PKR Cabang Dungun. Ibrahim Abdullah, Ketua Ranting PKR di Felda Jerangau mengatakan semua rumah PAS dan PKR tidak boleh menjemput Dr. Badrulamin mengadakan ceramah di rumah-rumah mereka, katanya Arahan itu disokong oleh Saifudin Nasution!


Saifudin Bodoh Hantar Samseng ke Majlis PKR Terengganu

Ibrahim Abdullah yang ditaja Saifudin Nasution menyertai PKR dari PAS kononnya bakal Calon PKR di DUN Sg. Besi, Dungun, dan kononnya perkara ini sudah direstui Setiausaha Agung PAS (Mustapha Ali) dan Setiausaha Agung PKR (Saifudin Nasution).

Dalam hal ini, PKR Cabang Dungun dan MPN tidak dimaklumkan langsung hal ini. Perkara ini telah menyinggung Abd. Rahman Yusuf kerana mencemarkan namanya sebagai Ketua PKR Dungun. Tindakan menghalang ceramah Dr. Badrul Amin yang merupakan program pusat boleh dianggap sebagai membelakangkan kuasa pusat.

Malangnya, Ibrahim Abdullah yang menghalang program tersebut mengingkari Abd. Rahman Yusof kerana mendapat sokongan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli yang menyokong supaya program tersebut dibatalkan.

Kami ahli PKR sangat kecewa dan pening dengan hal ini.

PKR TERENGGANU KESAL SAIFUDIN HANTAR SAMSENG

Pergaduhan antara Saifudin Nasution dengan Abd. Rahman Yusuf semakin parah. PKR pusat dan PKR Negeri Terengganu tidak sehaluan boleh menyebabkan peluang kita menang PRU13 terbantut.

Rafizi Ramli pula mempertahankan tindakan Ibrahim Abdullah di Dungun telah menghantar sms kepada Nik Man (mantan Ketua Penaja PKR Dungun), kata Rafizi dalam sms itu, “…jangan Bimbang Tindakan Yang Akan Diambil Oleh Man Botak. Dia Tidak Ada Apa-APa Power Dan Tidak Dapat Buat Apa-Apa. Teruskan Kerja Sdr…”.

Pergaduhan antara Saifudin Nasution dengan Abd. Rahman Yusuf semakin bertambah parah apabila samseng yang dihantar Saifudin Nasution telah memutuskan Elektrik di Felda Jerangau dan kami terpaksa menggunakan Generator. Bayangkan teroknya Saifudin Nasution!

Samseng-samseng Saifudin Nasution telah mengugut Abd. Rahman Yusuf supaya membatalkan ceramah Dr. Badrul Amin. Malah, sound sistem yang sepatutnya disediakan oleh PAS DUN Bukit Besi tidak dibenarkan. Bukan itu sahaja, di surau-surau, masjid dan kedai-kedia kopi dihebahkan ceramah Dr. Badrul Amin pada 22/1/2013 dibatalkan.

Walaupun Abd. Rahman Yusuf berjaya juga mengadakan Ceramah Dr. Badrul Amin, tetapi kehadiran hanya 200 orang sangat-sangat mengecewakan kita. Semua ini gara-gara sabotaj Saifudin Nasution dan Rafizi! Macam mana kita nak menang!

Sepatutnya Dr. Badrul Amin mengadakan satu lagi ceramah di Dungun pada 30/1/2013 tetapi terpaksa dibatalkan kerana Saifudin Nasution telah menghantar samseng-samseng mengugut dan menghalang ceramah tersebut. Kami terpaksa membatalkan program tersebut.

Malah, Ibrahim Abdullah yang disokong Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli telah mengugut Abd. Rahman Yusuf, katanya beliau sanggup mengeluarkan wang RM300 ribu untuk “mampuskan” Abd. Rahman Yusuf jika dicalonkan di Dungun. Bagaimana kita nak menang jika Saifudin sendiri mensabotaj kita! Dari mana dia dapat duit sebanyak RM300 ribu itu? Sudah tentu dengan bantuan Saifudin Nasution?

Kita di Terengganu sangat kecewa kerana PKR sesama PKR bergaduh berebut calon, kita sesama PKR sabotaj-mensabotaj. Malah PKR dan PAS turut berbusuk-busuk hati, menghantar spy sesama kita kerana saling mencurigai, malah Rafizi sendiri memanggil Abd. Rahman Yusuf sebagai “Man Botak” dan “tidak ada power”. Kami PKR Terengganu sangat kecewa dan lemah semangat!

***ARTIKEL DI ATAS ADALAH KIRIMAN DARI PENAMA AHLI PKR YANG KECEWA, GANU KITE.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan