Rabu, 20 Februari 2013

HUBUNGAN DUA NEGARA MEMASUKI DIMENSI BARU

  • RM 17.5billion Kos maju Marina One di Singapura
  • 90 minit kereta api laju KL-Singapura
  • RM 8.1 billion Maju Pulau A2 di Danga Bay, Johor Bahru
  • RM 3 billion Resort penjagaan diri di Medini Iskandar Malaysia





Majlis pelancaran, pecah Tanah , menandatangani serta persetujuan melaksanakan kerjasama Malaysia-Singapura disempurnakan bersempena Pemukiman Pemimpin Malaysia Keempat antara Perdana menteri Malaysia dan Perdana menteri Singapura.
Dato' Seri Mohd Najib dan Lee Hsien Loong bersetuju hubungan Malaysia Singapura memasuki era dimensi baru berdasarkan prinsip yakin dan saling percaya yang semakin kukuh. Kedua Negara ini semalam memperkukuh lagi hubungan dua hala ekonomi dengan menjalin kerjasama membangunkan empat projek mega bernilai RM28.6 billion. Di antaranya ialah membina Marina One, sebuah projek pembangunan bersepadu di Central Bussines District (CDB) di Singapura yang bernilai RM8.1 Billion dan Urban Wellness serta Resort Wellness di Medini Iskandar Malaysia , yang kedua-dua ini bernilai RM 3 billion. Kedua-dua Negara ini juga bersetuju untuk membina perkhidmatan kereta api laju yang apabila siap menjelang 2020 akan menyingkatkan masa perjalanan dari KL ke Singapura kepada hanya 90 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan