Isnin, 18 Februari 2013

Dato' Dr Haron Din keluar dari Pas?? wah ini bikin panas~





Ini adalah khabar yang baru di peroleh dari beberapa sumber. Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..

Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas.



Beliau dikatakan meninggalkan Pas kerana tidak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.

Sebelum ni, sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu.

 Admin dimaklumkan bahawa didalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.
sumber-MPP online-
JohorBahruKini sujud syukur sekiranya benar Dato' Haron Din telah keluar dari PAS. Alhamdulilah!!! Harap lebih ramai lagi pimpinan PAS dan ahli2 PAS turut sama bertindak keluar dari PAS, PAS telah jauh tersasar dari matlamat asal mereka. Sama2 kita mempertahankan Agama, Bangsa, & Tanahair tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan