Isnin, 9 Julai 2012

KEWAJIPAN MEMPERTAHANKAN DAULAH ISLAMIYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Salam 1 Malaysia...

Hari ini JBKini nak share sikit la apa yang JBKini baca dari  http://www.mykhilafah.com/  .....bagus rasanya nak dikongsi sebab dah jadi satu kewajipan kita ni sebagai umat ISLAM untuk menyampaikan ilmu walaupun satu ayat..hehe..

Enjoy your readings!

KEWAJIPAN MEMPERTAHANKAN DAULAH ISLAMIYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Mempertahankan kedaulatan sebuah kerajaan Islam seperti Malaysia merupakan satu amanah dan jihad fisabilillah yang perlu dipikul oleh ummah. Manakala komplot untuk menghancurkannya samada secara sedar atau tidak merupakan satu dosa yang amat besar dan mendapat kutukan bukan sahaja dari Allah tetapi dari ummah sepanjang zaman. Namun pada masa kini ramai umat Islam yang sebenarnya keliru dan sedang mabuk mencari kuasa dunia melalui pilihanraya dan peti undi tanpa menyedari mereka telah bersekutu dengan kaum kafir harbi seperti parti DAP yang memang sifatnya dari dahulu suka berpura-pura baik di hadapan umat Islam. Namun sebenarnya mereka mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan Islam dan bangsa penganutnya secara diam demi melunaskan dendam kesumat yang terbuku sekian lama.

KAFIR HARBI DAP ADALAH AGEN DAJJAL FREEMASON
Semenjak kejatuhan khilafah Uthmaniyah di Turki 88 tahun dahulu, kesatuan umat Islam sedunia telah dicarik-carik dengan kezaliman penjajahan kaum kuffar. Kini dengan perkenalan orde baru dunia, pihak imperialis Barat berterusan meracuni minda umat Islam dengan sistem hidup sekularisme, pluralisme, liberalisme dan sosialisme (SEPILIS). Gaya hidup dan amalan seks songsang LGBT bagai menjadi idealisme kebebasan baru yang ditagih oleh pengamal-pengamalnya termasuklah di Malaysia ini. Virus dan parasit kuffar tanpa bersembunyi telah meresap masuk ke dalam parti dan organisasi jemaah Islam dengan meracuni pemikiran para pemimpinnya agar menerima seorang pelaku gay dan biseksual tegar untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia ke 7 kononnya demi menegakkan keadilan.  DAP yang ditunjangi oleh kaum kuffar harbi laknatullah begitu berani mempersendakan Islam dan bangsa penganutnya tanpa ditentang sedikitpun oleh jemaah yang mengaku kononnya sebagai pembela Islam. Isu murtad dianggap remeh dan tidak penting berbanding keghairahan merebut undi dan kekuasaan. Ini semua terjadi akibat jemaah Islam ini lebih mencintai habuan dan  kekuasaan politik dunia malah rela diperalatkan demi mencapai cita-cita kaum kaffir harbi yang begitu tamak dan rakus terhadap kekayaan negara dan hak umat Islam. 
Mereka tanpa bersembunyi telah dan akan terus meminta bantuan dari rangkaian tentera Dajjal Freemason sedunia termasuk dari seberang tambak untuk menghancurkan segala teras kekuatan umat Melayu dan Islam di Malaysia. Sememangnya kita amat yakin bahawa nasib umat Islam di Malaysia akan lebih terhina lagi sekiranya kaum kuffar harbi DAP ini diberikan kuasa memerintah nanti melalui proksi mereka di dalam parti bermata Dajjal iaitu PKR. Maka umat Islam wajib memperkukuhkan iktikad dan semangat jihad mereka untuk menolak golongan kuffar dan munafik dari memimpin daulah Islamiyah tercinta ini.   

PERSENJATAAN BENTENG UMMAH DAN DAULAH
Sesungguhnya Allah mewajibkan umat Islam membuat persiapan dan membentuk kekuatan bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara seperti mana difirman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 60; “Dan persiapkanlah untuk (menghadapi) mereka menurut kemampuan kamu, dari kuda-kuda yang dikawal supaya kamu dapat mengerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang kamu tidak ketahui sedangkan Allah mengetahuinya. Dan apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, akan disempurnakan (balasannya) kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.Berdasarkan ayat tersebut kita wajib menyediakan kekuatan ketenteraan agar tidak dipandang remeh dan rendah oleh musuh-musuh di luar. Kekuatan Islam 14 abad yang lampau telah berjaya mengukuhkan kedudukan umat dan negara Islam apabila tentera Islam menjadi insan yang bertawadduk pada Allah namun berhati waja dan berani mati di medan peperangan.Penyediaan persenjataan menghadapi musuh melalui pembelian kapal selam Scorpene, jet pejuang Sukhoi, kereta kebal, senjata api dan lain-lain keperluan ketenteraan dan keselamatan bagi  mempertahankan negara sememangnya amat digeruni oleh musuh-musuh yang cuba mengugat keamanan negara. 

Namun bagi musuh-musuh dalam selimut mereka amat sakit hati dan sentiasa mencari peluang mempertikai segala perkara tersebut bertujuan mengorek rahsia agar ia diketahui oleh musuh-musuh yang sentiasa mengintai kelemahan negara. Mereka menggunakan pelbagai strategi memusnahkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan melalui fitnah yang direka kononnya untuk mencari ketelusan dan demi hak asasi manusia seperti yang dilakukan oleh SUARAM. Sesungguhnya pertubuhan ini jelas dianggotai oleh golongan kafir harbi proksi tegar kepada pihak yahudi-Zionis antarabangsa.

HUKUMAN BUAT PENGKIANAT
Bagi umat Islam, perbuatan bersubahat mendedahkan kekuatan ketenteraan negara sendiri kepada pihak musuh adalah haram dan berdosa serta boleh dijatuhkan hukuman berat termasuklah hukuman bunuh. Allah mengancam akan menyumbat si penderhaka sebegini ke dalam neraka jahanam sebagai balasan kepada pengkhianatan yang dilakukannya. Sebaliknya Rasulullah pernah  bersabda; 

Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya digelar sebagai syahid. Sesiapa yang mati kerana mempertahankan keluarga dan jiwa rakannya ia digelar sebagai syahid dan sesiapa yang mati kerana mempertahankan agamanya maka akan digelar sebagai syahid”- Riwayat Abu Daud.

So..sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan