Setakat ini pembangkang hanya dapat mengemukakan kurang 100 orang pelakon Bangla yang konon-kononnya pengundi hantu.
Jika 100 orang tersebut pengundi hantu, mana pergi lagi 39,900 orang pengundi lagi?
Tik....tok.....tik....tok. Masa semakin tamat. Selepas gagal dengan Bangla, PKR cuba untuk mainkan isu pengundi Nepal, Myanmar dan Gurka sebagai pengundi hantu pula.
*Kantoi. Mohon sebarkan perkara ini dan tanya soalan kat Anwar Ibrahim mana perginya 40,000 pengundi hantu yang dia dakwa sebelum ini.
Sumber:networkedblogs.com
Ahad, 5 Mei 2013
#GE 13 SOKONGAN PADU PENDUDUK LEMBAH PANTAI UNTUK RAJA NONG CHIK
Penduduk Lembah Pantai ikhlas menghargai segala sumbangan Raja Nong Chik. Tetapi dalam tempoh 2 minggu kempen pilihanraya, Ambiga sudah 4 kali datang Lembah Pantai berkempen menjatuhkan Raja Nong Chik, Anwar Ibrahim sudah turun berkempen memenangkan anaknya dan akan turun lagi dalam minggu terakhir.
Wan Azizah sudah 3-4 kali turun malah turut menangis tagih simpati kaum wanita di Lembah Pantai, Nik Aziz sudah turun ke Pantai Permai buat gimik pelancaran surat Yusof Al-Qardhawi, Ustaz Azhar Idrus sudah turun ke Bazaria Pantai, Muhd Muhd Taib aka "Mike Tyson" yang baru masuk PAS sudah turun ke Pantai Ria.
Tian Chua sudah beberapa kali memberi ceramah, Sivarasa Rasiah sudah hadir meracuni pemikiran penduduk Sentosa, Teresa Kok akan turun, Lim Guan Eng akan datang, khabarnya Md Sabu akan turun, malah ada kemungkinan Karpal dan Lim Kit Siang akan turun.
Semuanya utk menjatuhkan Raja Nong Chik. 14 vs 1. Adakah Raja Nong Chik akan berdiri berseorangan, atau adakah rakyat Lembah Pantai mahu dia terus menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kali ini ditambah dengan menjadi Wakil Rakyat Lembah Pantai?
Sumber:jejarikami.blogspot
#GE 13 BUKTI PEMBANGKANG CARI PENGUNDI BERWAJAH BANGLA UNTUK JADI 'KAMBING HITAM'
Seperti yang telah banyak diramalkan, pembangkang akan kalah dalam PRU 13. Oleh itu, mereka cuba untuk mencari alasan dan pengundi hantu adalah alasan paling 'logik' diterima oleh para MACAI pemakan dedak. Dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat Malaysia yang berwajah iras-iras BANGLA.
Kesian jika dilihat pembangkang yang beria-ia mencari alasan untuk kalah. Jika benar mereka mempunyai sokongan rakyat Malaysia, kenapa perlu cari alasan sebodoh ini? Jika benar yang mengundi itu BANGLA, bukankah setiap parti bertanding diberikan hak untuk meletakkan EJEN TEMPAT MENGUNDI semasa proses mengundi dilakukan. Dan ejen ini mempunyai hak untuk membantah jika ada pengundi yang diragui kesahihannya.
Akhir kata, orang yang berjaya mencari jalan. Yang gagal mencari alasan. Fikir-fikirkan.

Sumber:mymassa
Langgan:
Catatan (Atom)