Rabu, 23 Januari 2013

#LISTEN #LISTEN #LISTEN #LISTEN #LISTEN #LISTEN #LISTEN: JAWAPAN YANG SEPATUTNYA SHARIFAH ZOHRA JAWABI!!!

ISU LISTEN.. MEH KITA BACA, ANDA TAU MANGKUK AYUN MINACHI SOSIALIS YANG DI ANGKAT HERO OLEH PENCHACAI SEKARANG NI, KORANG TAU KE DIA SIAPA.. DAH TENTU LAH DIA OTAK TEGAR PAKATAN, KAKI PROVOKASI, IKUT CAKAP KETUANYA YANG DIANGGAP COMRAT..(komunis style)

bayangkan hampir 1 bulan baru meletup isu ini, sebab apa kawan-kawan, sebab nak cover malu, sebab nak cover barah pakatan yang semakin parah tu.. ada faham.. penchacai.. eleh, low class la war games kamu.. kah kah kah...

OK NAK FAKTA, ATAU BACA JE AUTA NI.. baru decide...



yes komrat, eleh proksi komunis, biasalah beb..



Listen, listen, listen. Menjawab tuduhan Bawani, ahli Parti Sosialis Malaysia. Isu pendidikan percuma :

1. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

Komen : Di Malaysia, kalau x nak bayar cukai pendapatan, bayarlah zakat untuk pemotongan terus. Sharifah juga harus dipersalahkan. Belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program bukan Q & A session. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator. Dan menjadikan Ambiga sebagai idola sudah menggambarkan mentalitinya.

sumber dari http://headbomb.blogspot.com

ps: listen ye hahaha.. dah terjawab, pelajar unisel pun ekau tak jaga, budak tadika tak dapat lagi rm50, itu di selangor, nak sembang pasal free education... pui..

#PAS #DAP #PKR Mat Sabu Dakwa PAS Terima Anwar Sebagai PM

     Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam kenyataan medianya hari ini mengesahkan partinya menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.
 
 
 

       Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ahli Pas keluar dari Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu ketika Anwar memulakan ucapan.
“Dakwaan bahawa (ahli PAS) keluar adalah tidak benar. Lebih-lebih lagi ketika beliau (Anwar) memberikan ucapan. Saya tidak pasti bagaimana mereka mendakwa seperti itu.
“Saya lihat sendiri mereka tunggu sehingga habis ucapan semua pemimpin di dalam stadium tempoh hari. Malah jika alasannya kerana Anwar jadi PM sehingga timbulkan implikasi ahli-ahli sehingga mereka keluar ketika ucapannya itu tidak benar. PAS terima Anwar sebagai PM,” tegas beliau.
 
       Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, PAS kekal dengan persetujuan yang dibuat dalam Pakatan Rakyat, bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihanraya umum nanti.
Kenyataan terbaru Mat Sabu itu mengesahkan dakwaan C.N Al-Afghani dalam bukunya, “Kafirkah Aku?” yang mendedahkan pada 18 Disember 2009 wujud perjanjian sulit di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
 
       Dalam perjanjian sulit itu, selain Pas bersetuju menggugurkan perjuangan Negara Islam dan pelaksanaan hudud, Pas yang diwakili Presidennya, Hadi Awang juga turut bersetuju melantik Anwar sebagai PM.
 
 
 
 
        “Tidak ada seorang pun ahli Pas sebelum 2008 mahu PM selain Datuk Seri (Abdul Hadi) andainya PR menguasai Putrajaya pada PRU 12 dulu. Ahli-ahli Pas berkorban semata-mata menjuruskan kepada cita-cita itu.
“Bagaimanapun, cita-cita yang menggunung ini berkecai apabila Datuk Seri selaku Presiden Pas turut bersetuju untuk memilih DSAI sebagai PM jika PR menguasai Putrajaya dalam PRU 12 yang lalu.
 
 
 
          “Hal ini diakui oleh Lim Kit Siang, KM Pulau Pinang, ketika sesi debat dengan Chua Soi Lek, Presiden MCA pada 8 Julai 2012 yang lalu,” dedahnya.
C. N. Afghani, nama pena kepada Zainon Ismail yang juga bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah berkata, pencalonan Ketua Umum PKR itu bertentangan dengan prinsip moral Anwar yang disebarkan di kalangan ahli-ahli Pas sebelum ini.
“Sebelum DSAI dipecat, Mohamad Sabu sering menyentuh isu liwat DSAI. Antara istilah yang pernah disebutnya adalah ‘DSAI buka kilang kunyit’ dan juga menggelar DSAI sebagai ‘Anwar Al-Juburi’.
 
          “Sehingga kini Mohamad Sabu tidak pernah menarik balik ucapannya. Pas pusat juga tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap kenyataan Mohamad Sabu itu.
“Ini bermakna Pas pusat mengakui kebenaran dari ucapan Mohamad Sabu. DSAI sememangnya terlibat dalam kes liwat pertama dahulu. Kalau tidak benar, Mohamad Sabu wajib tarik balik ucapanya dan memohon maaf kepada DSAI,” dedahnya lagi.
 
 
Credit to AIDC

Sabtu, 19 Januari 2013

NAMA ASAL ZAIRIL : CHRISTOPHER ROSS LIM

 
Nama Sebenar
Tarikh Daftar
Tarikh Pinda
Nama Baru
Nama Ibu Sebenar
Nama Ayah
Sebenar
Negara Asal Lahir
Christopher Ross Lim
21.4.1997
23.6.1997
Zairil Khir Johari
Christine Lim @ Rose Christine Abdullah@Rose
Christine Khir Johari
Howard Lim
(Singapore)
Hawai, Amerika
Syarikat
Sehingga ke hari ini Zairil masih tidak mengaku beliau anak Cina Totok, istilah Cina di Indonesia disebut Cina Totok! Lim Guan Eng juga berusaha menipu Hadi Awang, menipu Nik Aziz, menipu semua orang Islam bahawa ada Melayu Islam dalam CEC DAP (setelah kesilapan Suruhanjaya Pilihanraya DAP).

Prosedur yang ada sekarang ialah, Zairil yang mengaku Melayu itu hendaklah membuat ujian DNA untuk membuktikan beliau anak Howard Lim atau anak Mohd. Khir Johari!

Setujukah anda Zairil melakukan DNA untuk menjawab kebodohan kita yang diperbodoh-bodohkan oleh Lim Guan Eng kononnnya dia anak Melayu?

Zairil mengundi di Bangkok Lane di DUN Pulau Tikus dan Parlimen Bukit Bendera!

Artikel selanjutnya, apakah Kewarganegaraan Howard Lim bapa sebenar Zairil? Jika bapanya Howard ahli PAP, maka segala Rahsia negara mudah disalurkan kepada negara luar? Nantikan artikel seterusnya...

Selamat berhari minggu. Credit to MyMassa & Papagomo