Jumaat, 27 Julai 2012

YB Salahudin mintak Sedekah??!!?


Salam Ramadhan!

JBKini baru je dapat laporan yang YB Salahudin mintak sedekah sempena Ramadhan ni...ish3..tak patut tak patut...sepatutnya sempena Ramadhan ni kita kena banyakkan bersedekah bukan mintak sedekah..kan pahala di bulan Ramadhan ni akan digandakan sebanyak 70 kali pahala bagi setiap satu pahala kebaikan yang kita lakukan..

Tak percaya ke apa yang JB Kini cakapkan ni?haa..cuba tengak gambar-gambar kat bawah ni..

Antara kereta-kereta yang diselitkan 'iklan-iklan' mintak sedekah


Antara kereta-kereta yang diselitkan 'iklan-iklan' mintak sedekah


Dasat-dasat..tengok diorang siap mintak sedekah lagi untuk disedekahkan pada orang susah..sapa dapat nama nanti??puak-puak PAS la




Sumber JBKini beritahu yang 'iklan-iklan' ini diselitkan di kereta-kereta masa Solat Jumaat dan Solat Terawih.Yang menyelit-nyelitkan tu pulak budak-budak kecik-kecik dalam lingkungan umur 7 hingga 10 tahun..budak-budak kecik tu...kecik telah dipergunakan oleh puak-puak PAS untuk membuat kerja-kerja bahaya..apa taknya budak-budak kecik ni kena menyelitkan 'iklan-iklan' kat kereta-kereta dan moto-moto yang berada di tepi jalan..menggadai nyawa la..mana mak bapak diorang ni? Apesal tak ahli-ahli PAS yang pas tu je nak buat kerja-kerja macamtu??

cite budak kecik dah satu hal..ni cite nak mintak sumbangan dah satu hal...dahla mintak sumbangan orang ramai..pastu nnti claim yang sumbangan tu diberikan oleh puak-puak PAS..tak patut tak patut...

Ya Allah bagilah saudara seISLAM sePAS aku ini hidayah sempena Ramadhan ni...

Isnin, 23 Julai 2012

Selamat Hari Lahir PM kesayangan rakyat!!




~23 Julai, Hari Kelahiran PERDANA MENTERI YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN HJ ABD RAZAK, Didoakan Semoga Terus Tabah Membawa Kepimpinan Negara~


Rasanya masih tak terlambat untuk JBKini ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat..
Hari ini Alhamdulillah sudah 3 hari kita menunaikan ibadah puasa seperti yang telah disyariatkan kepada semua umat Islam..

Tapi yang istimewanya hari ini juga  merupakan hari ulang tahun yang ke 59 tahun orang no 1 negara kita, YAB PM..Justeru JBKini juga ingin mengucapkan semoga Dato' Seri dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Dan yang paling penting semoga terus menerajui malaysia ke puncak jaya.amin..

Tak kenal makan tak cinta..hehe...jadi JBKini selitkan sedikit latarbelakang PM kita untuk sapa2 yang masih tak tau lagi...

Impian sepanjang hayat Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, ialah satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan peluang yang bukan sedikit untuk semua rakyat. Sebagai putera kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd Razak, Najib dilahirkan di tengah-tengah gelanggang politik. 

Najib membesar dengan memerhatikan bapanya serta memahami kehendak politik arus perdana. Beliau sentiasa mengerti bahawa bila sampai waktunya beliau juga mahu berbakti kepada masyarakat dan negara. Namun pemergian bapanya pada ketika yang tidak dijangka, 14 Januari 1976, ketika menjejaki usia 54 tahun, telah menyorongkan Najib ke hadapan sehingga menjadi tumpuan utama. Lima minggu selepas pemergian bapanya, pada usia 22 tahun, Najib telah terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan, menjadikan beliau Ahli Parlimen yang paling muda dalam sejarah Malaysia. 

Pada 2004, beliau telah menyandang jawatan kedua tertinggi dalam negara sebagai Timbalan Perdana Menteri, 47 tahun setelah bapanya dilantik ke jawatan yang sama.

Dato' Sri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah mendapat pendidikan di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy’s College, Worcestershire, England sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University. Sekembalinya ke Malaysia pada 1974, beliau telah menyertai dunia korporat bila berkhidmat untuk satu waktu yang singkat dengan Bank Negara, kemudiannya beralih ke PETRONAS (perbadanan petroleum negara) sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam. Namun pemergian Tun Abd Razak secara tiba-tiba itu telah merobah corak kehidupan beliau secara dramatik.Najib pantas menyesuaikan dirinya dengan kehidupan umum sebagai Ahli Parlimen, dan kemudiannya mendapati kemahiran berpolitik itu begitu serasi dengan dirinya. Tidak lama kemudian, Najib yang masih muda belia telah memperlihatkan bahawa beliau ialah seorang ahli politik yang boleh dipercayai dan berkebolehan serta berhak dipanggil pemimpin atas keupayaan dirinya sendiri. 

Pada tahun pertamanya sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga Telekomunikasi dan Pos, dan kemudiannya menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran dan selepas itu Timbalan Menteri Kewangan. Pada 1982, Perdana Menteri yang baru, Dr. Mahathir Mohamad telah mencalonkan Dato’ Sri Mohd Najib untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Pekan. Berikutan dengan kejayaannya, Najib yang berusia 29 tahun ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Pahang pada ketika itu hampir-hampir terjebak dalam satu krisis politik disebabkan oleh perbezaan yang serius antara bekas Menteri Besar dan Sultan Pahang. Tetapi Najib bukan sahaja sebutir bintang yang sedang bergemerlapan, beliau juga ialah salah seorang daripada Pembesar Berempat Istana Pahang (kerana mewarisi gelaran turun temurun sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar). Dengan yang demikian diterima dengan tangan terbuka oleh pihak Istana. Krisis yang melanda itu dengan cepat dapat diredakan, memastikan perpaduan dalam UMNO Pahang. 

Selanjutnya Najib memulakan langkah untuk mengukuhkan pendidikan di dalam negeri.Pada 1992 Najib telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Yayasan Pahang, sebuah yayasan yang membaktikan kepada penggalakan pendidikan dan sukan di kalangan belia Pahang melalui biasiswa dan pembiayaan. Najib telah memperkukuh perusahaan negeri untuk memaksimumkan pendapatan daripada sumber kekayaan semula jadi negeri Pahang. Dengan kerjasama FELDA, Perbadanan Pembangunan Tanah Persekutuan, beliau telah merintis jalan kepada pembentukan skim penempatan tanah baru, memberikan peluang-peluang pendapatan baru kepada mereka yang tidak mempunyai tanah dan berada dalam kelompok yang berpendapatan rendah.Dato Sri Mohd Najib mula menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada 1982, dan naik sebagai ketua pergerakan tersebut pada 1987. Pada 1988, setelah satu pergolakan menguasai parti, satu UMNO baru yang telah disusun semula diwujudkan dan Najib telah dilantik sebagai Ketua Pemuda, jawatan yang disandang beliau sehingga 1993. 

Dalam pilihan raya 1986, Najib dikembalikan sebagai Ahli Parlimen kawasan Pekan, dan dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebaik sahaja dilantik beliau terus memberikan tumpuan kepada penggalakan sukan dan memperkenalkan Dasar Sukan Negara pada 1988. Pada 1989, Malaysia telah mencapai kejayaan yang terbaik pernah dicapainya di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun itu.

Pada 1991, Dato’ Sri Najib telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Najib telah mencergaskan semula sebuah Kementerian yang dilihat sebagai tidak bermaya dan lembap. Beliau telah memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik. Pada 1995, Dato’ Sri Najib mengalami perubahan dalam portfolio kabinet, yang mana beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau telah mengambil cabaran untuk menyambut aspirasi Malaysia yang baru sahaja diumumkan ketika itu, untuk menjadi sebuah negara maju yang sepenuhnya pada tahun 2020. 

Sepanjang tempoh lima tahun perkhidmatannya, Najib telah mewujudkan mekanisme yang dapat membolehkan generasi rakyat Malaysia menghadapi cabaran masa mendatang. Beliau telah menstrukturkan semula Kementerian ini, memperbadankan universiti dan institusi awam, serta menggalakkan kerjasama dengan universiti dan institusi luar negara. Langkah ini telah memberikan lebih banyak peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai satu hab pembelajaran serantau. 

Dato' Sri Najib juga telah meningkatkan sijil perguruan kepada status diploma, supaya guru-guru dalam kategori tersebut dapat menerima gaji permulaan bulanan yang lebih tinggi.Pada 1999, berikutan pergolakan politik pada tahun sebelumnya, Najib memenangi pemilihan semula kerusi Parlimen Pekan. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan buat kali keduanya dan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia. Apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004, Dato’ Sri Najib telah diserahkan dengan portfolio tanggungjawab yang banyak dan besar, termasuk mengawasi FELDA, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau mempengerusikan 28 Jawatankuasa Kabinet yang membincangkan pelbagai isu. 

Dato’ Sri Najib telah berkahwin dengan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, dan bapa kepada lima orang anak.Pada 3hb April 2009, Dato; Sri Mohd Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, dalam satu proses peralihan kuasa yang lancar oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.




Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhon Al Mubarak..




Ramadhan Al Mubarak Dah Tiba.
Malam Ini Kita Akan Melaksanakan Solat Tarawih.

Jelas Sudah Dinyatakan Bahawasanya Pada Bulan Ramadhan Ini Syaitan Akan DiPASung. Umat Islam Akan Mudah Melaksanakan Tanggungjawapnya Dalam Menelusuri Bulan Penuh Mulia Ini.

Dikesempatan Akan Tiadanya Hasutan Iblis Dan Syaitan Ini, Maka JBKini Menyeru Agar Umat Islam Berusaha Keras Untuk Menyelamatkan Penyokong PAS Yang Telah Dirosakkan Akidahnya.

Hari Itu Beberapa Bulan Selepas Kemenangan Pakatan Pada Pru 2008 Mereka Telah Sepakat Bersetuju Dengan Puak Kafirun Untuk Menyamaratakan Kalimah ALLAH Untuk Digunapakai Oleh Puak Kristus.

Anwar Menyokong.
Nik Ajis Menyokong.
Kalid Menyokong.
PAS Dan PKR Menyokong.

Penggunaan Kalimah ALLAH Ini Dipersetujui Digunapakai Oleh PAS Dan PKR Hanya Kerana Memerlukan Undi Puak Kafir Dalam Cita-Cita Mereka Menuju Putrajaya.

Namun Usaha Ini  Dibantah Oleh Timbalan Mursidul Am PAS, Dato Haron Din.

Kata Beliau Dengan Menyetujui Cadangan Ini Maka Jatuh Syiriklah Kepada Mereka Yang Bersetuju Dan Bersengkongkol.

Kita Ada Tanggungjawap.

Walaupun Sebilangan Besar Penyokong PAS Itu Bebal Makrop, Lebih Taat Pada Perintah Orang Tua 'Senile' Di Kelantan Namun Jangan Kita Lepas Bebaskan Kebebalan Mereka Ini Hingga Ke Tahap Sukar Dirawat.

Setiap Penyakit Ada Ubatnya.
Penyakit Sesat Pendokong PAS/PKR Ini Hanya Boleh Diselamatkan Dengan Dakwah Kita.

Selepas Kewafatan Nabi Muhammad Saw, Telah Berlaku Gerakan Ar Ridah.

Ada Umat Mengaku Dia Nabi.
Ada Umat Telah Lari Dari Perintah Islam.
Ada Umat Telah Kembali Ke Ajaran Sesat.

Saidina Abu Bakar R.A Telah Melaksanakan Tugas Memerangi Mereka Dengan Baik. Amaran Pertama Untuk Mengajak Mereka Kembali Kepada Islam Ada Yang Disambut. Namun Yang Degil Telah Diperanginya Habis-Habisan.

Apa Yang Berlaku Pada Persetujuan PAS/PKR Menggadai Kalimah ALLAH Ini Adalah Di Peringkat Permulaan.

Kita Punyai Tanggungjawap Untuk Memberitahu Mereka Perkara Yang Hak.

Akidah Mereka Perlu Diselamatkan.
Walaupun Berbeza Sedikit Pada Fahaman Politik, Namun Mereka Itu Tetap Sedara Seislam Kita.
Sesungguhnya Umat Islam Itu Bersaudara.
Maka Selamatkanlah Mereka Daripada Terus Disesatkan Oleh Pandangan Sesat Ulamak Politik.

Ibrahim Libya Telah Mati Sia-Sia Apabila Menyangkakan Bahawasanya Mati Beliau Itu Adalah Berlandaskan Kepada Perjuangan PAS Yang Mahu Menubuhkan Negara Islam Dan Hudud.

Hari Ini PAS Kata Negara Islam Tiada Dalam Quran.
Selama 50 Tahun PAS Kencing Penyokongnya Akan Wujud Gesaan Menubuhkan Negara Islam.

Jangan Dibiarkan Penyokong PAS Mati Katak, Percayai Bulat-Bulat Akan Fatwa Sesat Dari Ulamak Politik Mereka.

Dua Hari Lepas Anak Nik Ajis  Keluarkan Arahan.
ALLAH Mahukan PAS Rampas Putrajaya.
Kepala Bapak Dia.
Umat Islam Patut Diajak Menuju Syurga ALLAH Swt.
Bodoh Sesat Dakwah PAS Ni.

ALLAH Mahukan PAS RamPAS Putrajaya.
PAS Ditubuhkan Pada Tahun 1951.
Putrajaya Diwujudkan Pada Tahun 1999.

Nasib Baiklah  Antara 1951 Hingga 1999 Takde Pemimpin PAS Keluarkan Arahan ALLAH Mahukan PAS Rampas Kompleks Kerajaan Jalan Duta.. Pasal Waktu Tu Putrajaya Takde Lagi.

Esok Kita Akan Sambut Ramadhan.
Setan Dan Iblis Dah Takde Tapi PAS Tetap Ada.

Menganggap PAS Adalah Jalan Pembersihan Cucian Dosa Adalah Pemikiran Bodoh.

Aku Nampak Ada Segelintir Artis Pun Ada Bodoh Piangnya. Masuk PAS Seolah-Olah Proses Cucian Dosa Lantas Mendatangkan Pahala.

Nik Ajis Pulak Kerap Menyatakan PAS Itu Adalah Jalan Ke Sorga.
Masuk PAS Boleh Dapat Tiket Ke Sorga.
Yusof Qardhawi Yang Tak Masuk PAS Tu, Tak Boleh Masuk Sorga Ke ?

Aku Tengok PAS Ni Dah Macam Ajaran Din Ilahi. Pada Yang Minat Sejarah Islam Di India PASti Anda Ingat Ajaran Din Ilahi.

Din Ilahi Ni Dia Ambil Semua Ajaran Agama (Islam,Hindu,Kristian) Lalu Disatukan Menjadi Agama Dia. Dia Jadi Tuhan Dan Dia Penentu Sorga Dan Neraka Rakyat...

Ingat Din Ilahi Aku Teringat Fatwa Si Tua Dari Kelantan Tu.

Hari Ini Ajaran Din Ilahi Dah Nampak Makin Subur Dalam Pemimpin Pakatan.

Gay Dan Lesbian Cuba Untuk Dihalalkan.
Penyembelihan Zionis Terhadap Penduduk Palestin Cuba Dijustifikasikan Sebagai Hak.
Negara Israel Cuba Dihalalkan Penubuhannya.
Lina Joy Murtad Itu Hak Dia.
12 Umat Islam Cuba Dimurtadkan Dalam DUMC Itu Hak Asasi Manusia.

Ambiga Adalah Pelaksana Gerakan Inter Faith Comission (IFC ) Yang Cuba Menyamaratakan Hak Islam Dengan Kepercayan Lain. Bukan Sekadar Itu, Hak Muslim Juga Cuba Dirapas Oleh IFC Atas Nama Kebebasan Agama Dan Hak Asasi Manusia.

Hari Ini Ambiga Diangkat Mulia Oleh PAS Dan Anwar.

Politik Mereka Dalam Mendapatkan Undi Hingga Terpaksa Bersengkongkol Dengan Para Pemusuh Islam.

Ini Adalah Politik Sialan, Gampangan.
Kita Tak Boleh Mendiamkan Diri Apabila Maruah Islam Cuba Dijadikan Bahan Taruhan Undi.

Jadikan Diri Anda Sebahagian Daripada Sejarah Kebangkitan Umat Islam Malaysia Yang Berjaya Memerangi Gerakan Sesat PAS Dan PKR.

Ayuh Bersama Kami Dalam Usaha Menyelamatkan Akidah Umat.
Salam Ramadhan Kepada Semua.


Isnin, 9 Julai 2012

Leftenan Adnan lancar perang!!!!


Nampaknya Bro Hairie Othman telah mengisytiharkan perang ke atas siber truper BN. Si sengal ini ingat dia boleh serang pejuang Alif Ba Ta seperti mana dia berlakon menyerang tentera Jepun agaknya.

Hairie Othman telah menempah satu musibah yang akan mengakibatkannya menghadapi hari-hari yang tidak menentu. Beliau tidak belajar sejarah. Beliau gagal melihat bagaimanaGODfather Nombor WAHID DAP terpaksa mengambil DRIP di hospital kerana serangan kami. Itu belum cerita bab plaster di dahi lagi.

Beliau juga lupa bagaimana Anu Ghairah Tuhannya dan jambu kesayangan di telanjangkan beberapa kali oleh kami. Jadi jangan cuba-cuba bermain api bro! Buruk padahnya nanti! 


Tapi...Dato' AC Mizal telah bangkit pertahankan parti keramat kita. Jadi apa kita tunggu lagi?!! Jom lanyak si Hairie pengemis hamPAS ini selumat-lumatnya! Biar putih tulang, jangan putih mata! 

credit to mymassa

KEWAJIPAN MEMPERTAHANKAN DAULAH ISLAMIYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Salam 1 Malaysia...

Hari ini JBKini nak share sikit la apa yang JBKini baca dari  http://www.mykhilafah.com/  .....bagus rasanya nak dikongsi sebab dah jadi satu kewajipan kita ni sebagai umat ISLAM untuk menyampaikan ilmu walaupun satu ayat..hehe..

Enjoy your readings!

KEWAJIPAN MEMPERTAHANKAN DAULAH ISLAMIYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Mempertahankan kedaulatan sebuah kerajaan Islam seperti Malaysia merupakan satu amanah dan jihad fisabilillah yang perlu dipikul oleh ummah. Manakala komplot untuk menghancurkannya samada secara sedar atau tidak merupakan satu dosa yang amat besar dan mendapat kutukan bukan sahaja dari Allah tetapi dari ummah sepanjang zaman. Namun pada masa kini ramai umat Islam yang sebenarnya keliru dan sedang mabuk mencari kuasa dunia melalui pilihanraya dan peti undi tanpa menyedari mereka telah bersekutu dengan kaum kafir harbi seperti parti DAP yang memang sifatnya dari dahulu suka berpura-pura baik di hadapan umat Islam. Namun sebenarnya mereka mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan Islam dan bangsa penganutnya secara diam demi melunaskan dendam kesumat yang terbuku sekian lama.

KAFIR HARBI DAP ADALAH AGEN DAJJAL FREEMASON
Semenjak kejatuhan khilafah Uthmaniyah di Turki 88 tahun dahulu, kesatuan umat Islam sedunia telah dicarik-carik dengan kezaliman penjajahan kaum kuffar. Kini dengan perkenalan orde baru dunia, pihak imperialis Barat berterusan meracuni minda umat Islam dengan sistem hidup sekularisme, pluralisme, liberalisme dan sosialisme (SEPILIS). Gaya hidup dan amalan seks songsang LGBT bagai menjadi idealisme kebebasan baru yang ditagih oleh pengamal-pengamalnya termasuklah di Malaysia ini. Virus dan parasit kuffar tanpa bersembunyi telah meresap masuk ke dalam parti dan organisasi jemaah Islam dengan meracuni pemikiran para pemimpinnya agar menerima seorang pelaku gay dan biseksual tegar untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia ke 7 kononnya demi menegakkan keadilan.  DAP yang ditunjangi oleh kaum kuffar harbi laknatullah begitu berani mempersendakan Islam dan bangsa penganutnya tanpa ditentang sedikitpun oleh jemaah yang mengaku kononnya sebagai pembela Islam. Isu murtad dianggap remeh dan tidak penting berbanding keghairahan merebut undi dan kekuasaan. Ini semua terjadi akibat jemaah Islam ini lebih mencintai habuan dan  kekuasaan politik dunia malah rela diperalatkan demi mencapai cita-cita kaum kaffir harbi yang begitu tamak dan rakus terhadap kekayaan negara dan hak umat Islam. 
Mereka tanpa bersembunyi telah dan akan terus meminta bantuan dari rangkaian tentera Dajjal Freemason sedunia termasuk dari seberang tambak untuk menghancurkan segala teras kekuatan umat Melayu dan Islam di Malaysia. Sememangnya kita amat yakin bahawa nasib umat Islam di Malaysia akan lebih terhina lagi sekiranya kaum kuffar harbi DAP ini diberikan kuasa memerintah nanti melalui proksi mereka di dalam parti bermata Dajjal iaitu PKR. Maka umat Islam wajib memperkukuhkan iktikad dan semangat jihad mereka untuk menolak golongan kuffar dan munafik dari memimpin daulah Islamiyah tercinta ini.   

PERSENJATAAN BENTENG UMMAH DAN DAULAH
Sesungguhnya Allah mewajibkan umat Islam membuat persiapan dan membentuk kekuatan bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara seperti mana difirman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 60; “Dan persiapkanlah untuk (menghadapi) mereka menurut kemampuan kamu, dari kuda-kuda yang dikawal supaya kamu dapat mengerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang kamu tidak ketahui sedangkan Allah mengetahuinya. Dan apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, akan disempurnakan (balasannya) kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.Berdasarkan ayat tersebut kita wajib menyediakan kekuatan ketenteraan agar tidak dipandang remeh dan rendah oleh musuh-musuh di luar. Kekuatan Islam 14 abad yang lampau telah berjaya mengukuhkan kedudukan umat dan negara Islam apabila tentera Islam menjadi insan yang bertawadduk pada Allah namun berhati waja dan berani mati di medan peperangan.Penyediaan persenjataan menghadapi musuh melalui pembelian kapal selam Scorpene, jet pejuang Sukhoi, kereta kebal, senjata api dan lain-lain keperluan ketenteraan dan keselamatan bagi  mempertahankan negara sememangnya amat digeruni oleh musuh-musuh yang cuba mengugat keamanan negara. 

Namun bagi musuh-musuh dalam selimut mereka amat sakit hati dan sentiasa mencari peluang mempertikai segala perkara tersebut bertujuan mengorek rahsia agar ia diketahui oleh musuh-musuh yang sentiasa mengintai kelemahan negara. Mereka menggunakan pelbagai strategi memusnahkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan melalui fitnah yang direka kononnya untuk mencari ketelusan dan demi hak asasi manusia seperti yang dilakukan oleh SUARAM. Sesungguhnya pertubuhan ini jelas dianggotai oleh golongan kafir harbi proksi tegar kepada pihak yahudi-Zionis antarabangsa.

HUKUMAN BUAT PENGKIANAT
Bagi umat Islam, perbuatan bersubahat mendedahkan kekuatan ketenteraan negara sendiri kepada pihak musuh adalah haram dan berdosa serta boleh dijatuhkan hukuman berat termasuklah hukuman bunuh. Allah mengancam akan menyumbat si penderhaka sebegini ke dalam neraka jahanam sebagai balasan kepada pengkhianatan yang dilakukannya. Sebaliknya Rasulullah pernah  bersabda; 

Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya digelar sebagai syahid. Sesiapa yang mati kerana mempertahankan keluarga dan jiwa rakannya ia digelar sebagai syahid dan sesiapa yang mati kerana mempertahankan agamanya maka akan digelar sebagai syahid”- Riwayat Abu Daud.

So..sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal!!!

Sisi Baru JOHORBAHRUKINI


Salam 1 Malaysia..

JBKini cuma nak beritahu yang JOHORBAHRUKINI telah berubah wajah..tetiba macam datang angin pulak nak berubah wajah..hehe...tak kesah la labu..kan  JBKini  admin..sukati  JBKini  la...hehe...

Lagipun lama dah JBKini tak meng'update' kan blog ni..almaklum buat-buat bz round2 satu JB..rupa-rupanya banyak projek dah 'on' dah...kalau tengok dekat banner baru JOHORBAHRUKINI tu...haaa macam tula nanti agaknya bandaraya Johor Bahru pada masa hadapan..bagus betul la perencana projek tu..nak tau ke sapa yang empunya projek?..opsss...mana boleh bagitau..hehehe...yang penting betul ke bandaraya Johor Bahru akan bertukar wajah jadi macam dalam banner kat atas tu???ermmm..macam-macam persoalan pulak timbul ye...hehe..nanti JBKini akan ulas dalam post-post yang akan datang ye...hehehe

OKlah...Kepada semua pembaca semoga anda enjoy dengan perubahan wajah ni!! =)